Taman Kekal Pengeluaran Makanan Ke-12 Dibuka Di Keningau | Sabah News

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Ke-12 Dibuka Di Keningau | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Jeffrey memberikan isyarat bagus pada majlis pecah tanah TKPM Keningau…

KENINGAU, SABAH – Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) baharu dibuka hari ini di Keningau menjadikan jumlah taman seumpama itu di Sabah kepada 12.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, taman seluas lima hektar itu akan memberi tumpuan kepada pengeluaran lada dan nanas MD2 dan akan disewakan kepada lapan peserta terpilih pada kadar RM1 sahaja seekar untuk sehari.

“Taman ini dijangka mengeluarkan 48 tan lada setahun, 70 tan nanas MD2, dan 70,000 pucuk dengan unjuran pendapatan RM521,276 setahun, memberikan pendapatan RM5,429.00 sebulan kepada setiap peserta,” katanya dalam kenyataan.

Jeffrey melancarkan TKPM ke-12 Sabah di Keningau hari ini…

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk membina lebih banyak taman pengeluaran makanan kekal dalam masa terdekat, selaras dengan matlamat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu taman bagi setiap daerah di Sabah.

Secara keseluruhan, 12 TKPM dan Mini TKPM di seluruh Sabah meliputi kawasan seluas 421 hektar melibatkan 162 usahawan pertanian.

Mengenai nasib petani kecil, beliau berkata kerajaan sedar bahawa mereka menghadapi cabaran pemasaran dan pada kebanyakan masa, tamu adalah satu-satunya sumber pemasaran mereka, yang tidak selalu memberikan nilai baik untuk produk yang diusahakan.

“Atas sebab itu, Koperasi Pembangunan Luar Bandar (RDC) sedang berusaha untuk menubuhkan pusat pengumpulan di setiap daerah…

“Kami akan membantu petani kami dengan mengumpul, menggred dan membungkus hasil mereka dan kemudian memastikan bahawa petani kita menerima kadar yang adil untuk hasil mereka.

“Kementerian saya sentiasa merangka cara baharu untuk membantu petani kita dan membangunkan saluran jualan baharu untuk mereka supaya mereka tidak terhad kepada Tamu sahaja,” tambahnya.