Selepas Insiden Tampar, Will Smith Ambil Keputusan Lepaskan Kehalian Oscar | Sabah News

Selepas Insiden Tampar, Will Smith Ambil Keputusan Lepaskan Kehalian Oscar | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Pelakon Hollywood Popular, Will Smith. – Foto NBC…

AS – Pelakon popular Hollywood Will Smith kini mengambil keputusan untuk melepaskan keahlian Akademi Seni dan Sains Filem atau Oscar, selepas insiden kontroversi beliau yang menampar pelawak Chris Rock.

Menurut Will Smith, beliau telah memberi maklum balas secara langsung kepada notis pendengaran tatatertib Akademi dan akan menerima sepenuhnya apa-apa dan semua tindakan ke atas kelakuan beliau.

“Tindakan saya pada penyampaian Anugerah Akademi ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan…

“Senarai mereka yang saya sakiti adalah panjang termasuk Chris, keluarganya, ramai rakan dan orang tersayang saya, semua yang hadir, dan penonton global di rumah,” kata Smith, lapor The Hollywood Reporter.

Tambah Smith,  beliau telah mengkhianati kepercayaan Akademi.

“Saya menafikan calon dan pemenang lain peluang mereka untuk meraikan dan diraikan kerana kerja luar biasa mereka,” katanya.

The Academy sebelum ini berkata, ahli lembaga sedang berbincang tentang langkah yang akan dikenakan terhadap Smith termasuk sama ada menggantung, mengusir atau mengharamkan keahliannya.

Smith juga diberikan masa 15 hari oleh The Academy untuk menyatakan surat tunjuk sebab atas tindakannya yang disifatkan satu keganasan.