Pesawat Pengebom Nuklear AS Terbang Berdekatan Sempadan Rusia Sebagai Amaran | Sabah News

Pesawat Pengebom Nuklear AS Terbang Berdekatan Sempadan Rusia Sebagai Amaran | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Pesawat pengebom jenis B-52H Stratofortres…

MOSCOW, RUSIA – Sebuah pesawat pengebom milik Amerika Syarikat yang membawa senjata nuklear dilaporkan terbang terbang dekat sempadan Rusia sebagai amaran kepada Presiden Vladimir Putin.

Perkembangan itu berlaku selepas Rusia dilaporkan menghantar beberapa jet perang membawa bom nuklear ke ruang udara Sweden sebelum dipintas oleh jet-jet pejuang Stockholm, lapor The Sun.

Menurut data laman web pemantauan aviasi Flightradar, pesawat pengebom jenis B-52H Stratofortress itu berlepas dari Lapangan Terbang Cotswold di Britain kelmarin.

Media Sweden sebelum ini melaporkan bahawa empat jet pejuang Rusia merentasi rantau Baltik menuju ke Pulau Gotland…

Tiga syarikat media termasuk TV4, Expressen dan Aftonbladet melaporkan bahawa formasi itu disertai oleh dua pesawat pengebom Sukhoi Su-24 dan dua jet pejuang Sukhoi Su-27 dengan dua Su-24 itu membawa bom nuklear.

Stockholm bagaimanapun tidak mengesahkan perkara itu walaupun telah dilaporkan secara meluas di Sweden.

Jet-jet pejuang itu berlepas dari pangkalan udara Rusia di Kaliningrad pada 2 Mac lalu.

Sumber memberitahu stesen televisyen TV4 bahawa tindakan itu dipercayai adalah percubaan untuk sengaja menakut-nakutkan Sweden.

Skuadron jet JAS 39 Gripen dihantar oleh Sweden untuk memintas empat pesawat Rusia itu yang berlegar-legar selama satu minit di ruang udara negara berkenaan.

Su-24 adalah pesawat penyerang supersonik dengan dua tempat duduk yang sudah lama  digunakan termasuk oleh negara Kesatuan Soviet.

Pesawat itu turut digunakan dalam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Moscow difahamkan mempunyai sekurang-kurangnya 500 senjata nuklear boleh digunakan oleh pesawat pengebomnya, demikian menurut Bulletin of the Atomic Scientists.

Angkatan tentera Sweden bagaimanapun enggan mengulas ketika dihubungi TV4 berhubung pencerobohan  itu.

“Pelanggaran Rusia di ruang udara Sweden sudah tentu tidak boleh diterima sama sekali…

“Ia akan membawa kepada tindak balas diplomatik yang tegas dari Sweden. Kedaulatan dan wilayah Sweden harus sentiasa dihormati,’’ kata Menteri Pertahanan Sweden, Peter Hultqvist ketika pencerobohan berlaku.