Kes Harian COVID-19 Sabah Menyusut Hari Ini | Sabah News

Kes Harian COVID-19 Sabah Menyusut Hari Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 234 kes hari ini iaitu penurunan sebanyak 36 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hampir keseluruhan daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka pada julat satu angka sahaja.

“Ia berlaku pada nisbah 12 daerah mencatatkan penurunan, 10 daerah mencatatkan pertambahan kes baharu dan 5 daerah tidak mencatatkan perubahan angka seperti sebelumnya…

“Dua daerah mencatatkan penyusutan kes dua angka, iaitu Penampang (-20 kes) dan Kota Kinabalu (-13 kes).

“Penyusutan kes baharu di dua daerah ini menjadi faktor utama yang meyumbang jumlah kes harian yang lebih rendah di negeri Sabah pada hari ini,” katanya dalam rumusan harian kes.

Secara keseluruhan, 8 daerah merekodkan kes dua angka dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 58 kes, Sandakan 22 kes, Papar 18 kes, Penampang 18 kes, Beaufort 18 kes, Tuaran 16 kes, Tawau 11 kes dan Putatan 10 kes.

Sebanyak 16 daerah lagi mencatatkan kes satu angka manakala 3 daerah iaitu Beluran, Nabawan dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Satu kluster pendidikan juga ditamatkan pada hari ini iaitu Kluster Bukit Langsat di Keningau. Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 2 kluster.

Seramai empat (4) pesakit baharu berada dalam Kategori 3, tiga (3) dalam Kategori 4 dan seorang (1) lagi dalam Kategori 5 hari ini.

Dalam pada itu, Masidi turut mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam yang akan mula menjalani ibadah puasa pada esok hari.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (02 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 58 (71)
Sandakan – 22 (15)
Papar – 18 (26)
Penampang – 18 (38)
Beaufort – 18 (10)
Tuaran – 16 (15)
Tawau – 11 (8)
Putatan – 10 (12)
Keningau – 9 (5)
Kuala Penyu – 7 (2)
Kota Marudu – 6 (6)
Sipitang – 6 (11)
Pitas – 6 (6)
Kudat – 6 (7)
Ranau – 5 (4)
Kunak – 4 (2)
Kota Belud – 4 (3)
Lahad Datu – 3 (5)
Tenom – 2 (6)
Semporna – 1 (3)
Tambunan – 1 (10)
Telupid – 1 (0)
Kinabatangan – 1 (2)
Kalabakan – 1 (1)
Beluran – 0 (2)
Nabawan – 0 (0)
Tongod – 0 (0)