UMAT ISLAM DI SELURUH NEGARA MULA BERPUASA 3 APRIL INI | Sabah News

UMAT ISLAM DI SELURUH NEGARA MULA BERPUASA 3 APRIL INI | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KUALA LUMPUR – Seluruh umat Islam di negara ini akan mula berpuasa di bulan Ramadhan bermula Ahad (3 April) ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam pengumuman malam ini yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan 1 Ramadan jatuh pada Ahad (3 April) ini…

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan telah menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini (1 April) bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah.

Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Ramadhan tahun ini disambut umat Islam dalam keadaan negara hidup dalam norma baharu (new norm) dengan mengisytiharkan FASA ENDEMIK selepas lebih DUA (2) tahun melalui Fasa Pandemik penularan COVID-19.