Kuatkan Platform Digital Perbincangan Anak Muda Dalam Parti, GRS – Steve | Sabah News

Kuatkan Platform Digital Perbincangan Anak Muda Dalam Parti, GRS – Steve | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Limbahau, Steve Johnny Mositun…

PAPAR, SABAH – Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Limbahau, Steve Johnny Mositun menyeru lebih ramai generasi muda Sabah bergiat aktif dalam politik khususnya melalui platform atas talian (online).

“Politik merupakan platform yang boleh menterjemah suara anak muda kepada peringkat tertinggi dalam pentadbiran…

“Kita faham ramai anak muda lebih tertarik dengan aktiviti dan pergerakkan yang tidak berunsurkan politik tetapi kita kena lebih kreatif untuk meyakinkan mereka pentingnya Ilmu mengenai politik,” katanya.

Steve yang juga Setiausaha Pemuda PBS Pusat berkata demikian dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian N27 Limbahau baru-baru ini yang mana beliau mengekalkan jawatannya tanpa bertanding.

Beliau berkata sejak kemunculan COVID-19, aktiviti luar telah menjadi terhad namun sesi saluran maklumat dan perbincangan bersama golongan muda harus diteruskan demi pembelaan hak-hak Sabah melalui perjuangan PBS.

“PBS sedang menjalankan Mesyuarat Agung di semua Bahagian dan giat mencari pelapis. Buktinya beberapa Pemimpin muda dalam Exco Pemuda PBS diberikan kepercayaan menerajui Bahagian.

“Parti tempatan tertua Negeri Sabah yang berumur 37 tahun ini perlu fokus dalam mendekati golongan muda terutamanya bila pengundi berumur 18 telah didaftarkan secara automatik,” jelasnya.

Seramai 485,939 belia berumur 18 tahun di Sabah sudah didaftarkan sebagai pengundi.

Katanya, Program seperi Felo Sabah Maju Jaya merupakan inisiatif yang baik untuk melahirkan pemimpin muda.

“Tetapi diharapkan mereka mempunyai ruang bicara online secara strategik dan melibatkan diri dalam platform yang mesra untuk generasi baharu bagi lebih meyakinkan mereka akan perancangan semasa kerajaan,” tambahnya.