Kes Harian COVID-19 Sabah Meningkat Sedikit | Sabah News

Kes Harian COVID-19 Sabah Meningkat Sedikit | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Sabah kembali mencatatkan jangkitan baharu yang lebih tinggi hari ini dengan 270 kes, peningkatan sebanyak 56 kes berbanding sebelumnya….

KOTA KINABALU: Sabah kembali mencatatkan jangkitan baharu yang lebih tinggi hari ini dengan 270 kes, peningkatan sebanyak 56 kes berbanding sebelumnya.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata angka itu datang setelah baru sahaja mencatatkan penurunan yang besar semalam.

“Nisbah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes baharu agak seimbang, iaitu 12 daerah mencatatkan peningkatan dan 13 daerah mencatatkan penurunan kes baharu.

“Walaubagaimanapun, perubahan angka bagi daerah-daerah yang mencatatkan penurunan adalah pada julat satu angka sahaja manakala terdapat 3 daerah mencatatkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Kota Kinabalu 71 kes (+37), Penampang 38 kes (+20) dan Sandakan 15 kes (+10).

“Pertambahan kes baharu di daerah-daerah ini sedikit sebanyak menentukan jumlah kes keseluruhan bagi negeri Sabah pada hari ini,” katanya dalam rumusan harian kes…

Sebanyak 9 daerah mencatatkan kes dua angka termasuk Kota Kinabalu (71 kes), Penampang (38 kes), Papar (26 kes), Sandakan (15 kes) dan Tuaran (15 kes), manakala 15 daerah lain mencatatkan kes satu angka.

Tiga daerah iaitu Telupid, Nabawan dan Tongod tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu hari ini.

“Peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, iaitu 61 peratus daripada semua kes yang dilaporkan,” tambahnya.

Kluster Jalan Kebulian di Kota Marudu ditamatkan hari ini ekoran tidak ada lagi rantaian kes baharu yang mempunyai kaitan dengan kluster berkenaan.

Masidi berkata Sabah sedang melalui fasa penstabilan dan setakat ini tidak ada lagi kluster baharu yang dilaporkan.

“Ini bermakna hanya terdapat 3 kluster yang masih aktif di Sabah,” beliau berkata.

Tiga (3) pesakit baharu berada dalam Kategori 3, empat (4) dalam Kategori 4 dan lima (5) lagi dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.

Kota Kinabalu 71 (34)
Penampang 38 (18)
Papar 26 (27)
Sandakan 15 (5)
Tuaran 15 (13)
Putatan 12 (7)
Sipitang 11 (5)
Tambunan 10 (5)
Beaufort 10 (15)
Tawau 8 (7)
Kudat 7 (1)
Kota Marudu 6 (8)
Pitas 6 (8)
Tenom 6 (5)
Lahad Datu 5 (6)
Keningau 5 (15)
Ranau 4 (5)
Semporna 3 (0)
Kota Belud 3 (1)
Kuala Penyu 2 (5)
Beluran 2 (9)
Kinabatangan 2 (6)
Kunak 2 (5)
Kalabakan 1 (1)
Telupid 0 (2)
Nabawan 0 (1)
Tongod 0 (0)