KENDURI DOA SELAMAT KETUA MENTERI SEMPENA RAMADHAN DI ISTANA SERI KINABALU | Sabah News

KENDURI DOA SELAMAT KETUA MENTERI SEMPENA RAMADHAN DI ISTANA SERI KINABALU | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri kenduri doa selamat dan menunaikan solat Maghrib serta Isyak bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin, sempena menyambut bulan Ramadan 1443/2022 di Istana Seri Kinabalu, malam tadi (Jumaat).

Turut hadir beberapa jemaah Kabinet negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

Mufti Negeri Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar juga menyampaikan keputusan cerapan anak bulan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada majlis itu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semalam mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.