Penyanyi Nasyid Dihadapkan Ke Mahkamah Bagi Pertuduhan Memiliki 17 Pokok Ganja | Sabah News

Penyanyi Nasyid Dihadapkan Ke Mahkamah Bagi Pertuduhan Memiliki 17 Pokok Ganja | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

PETALING JAYA – Seorang penyanyi nasyid dan komposer terkenal yang ditahan kerana kesalahan menanam pokok ganja di kediamannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan.

Suspek yang berusia 47 tahun itu ditahan minggu lalu bagi membantu siasatan berkenaan 17 pokok ganja yang dipercayai ditanam sedak dua bulan lalu dalam kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara. 

Dalam pada itu, suspek hadir ke mahkamah dan diiringi pasukan polis dengan memakai baju hitam, lapor Sinar Harian.

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pertuduhan di mahkamah dibuat selepas polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Kegiatan itu berjaya dikesan menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.