UiTM Akan Ambil Tindakan Pensyarah Perlekehkan Pelajar B40 Tidak Mempunyai Komputer | Sabah News

UiTM Akan Ambil Tindakan Pensyarah Perlekehkan Pelajar B40 Tidak Mempunyai Komputer | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Gambar Hiasan…

SELANGOR – Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertegas dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah yang mencemuh seorang pelajar B40 kerana tidak memiliki komputer semasa mengikuti satu online kelas.

Insiden tersebut telah tular menerusi satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat, di mana penysarah tersebut turut meminta pelajar itu menyuruh kakaknya menjual gelang emas dan membeli komputer riba.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, susulan penularan video di media sosial membabitkan tindakan seorang pensyarah yang mengeluarkan komen sensitif, pihak universiti sudah meneliti serta mengambil tindakan pantas dan sewajarnya terhadap pensyarah berkenaan.

“UiTM juga bertegas tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik universiti dengan sengaja mahupun tidak,” katanya menerusi satu kenyataan…

Jelas beliau, UiTM amat prihatin dengan keperluan pelajar terutamanya dalam pembelajaran norma baharu susulan Covid-19.

Tambahnya, university itu juga amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya, khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif.

Beliau berkata, kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40, justeru segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan.

“UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

“Pihak universiti juga sudah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan pusat zakat serta pihak alumni.

“Justeru, saya menyeru kepada pelajar yang berhadapan masalah agar dapat berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran,” katanya.