Pengembara Antarabangsa Diwajibkan Muat Turun MySejahtera, Kuarantin Jika Belum Divaksin | Sabah News

Pengembara Antarabangsa Diwajibkan Muat Turun MySejahtera, Kuarantin Jika Belum Divaksin | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Datuk Masidi Manjun…

KOTA KINABALU, SABAH – Pegembara antarbangsa yang belum lengkap divaksin diharuskan menjalani kuarantin di rumah, hotel atau pusat kuarantin selama lima (5) hari apabila masuk ke Sabah selepas sempadan negara dibuka mula 1 April nanti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan selaku jurucakap perkembangan COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tempoh kuarantin tersebut dipanjangkan kepada seminggu untuk pengembara yang positif dan 10 hari jika positif dan belum lengkap divaksin.

“Antara dokumen yang diperlukan sebelum penerbangan masuk ke Sabah adalah keputusan negatif ujian RT-PCR yang dilakukan dua (2) hari sebelum berlepas…

“Pengembara juga diwajibkan memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera selain melengkapkan deklarasi perjalanan termasuk maklumat vaksinasi melalui ikon “Traveller” pada aplikasi tersebut. Insuran COVID-19 juga diperlukan bagi bukan warganegara.

“Semua pemgembara tanpa mengira kewarganegaraan perlu menjalani ujian RTK-Antigen yang dibuat oleh anggota kesihatan terlatih sebelum melepasi Kaunter Imigresen di Pintu Masuk Antarabangsa Sabah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, jika mana-mana pengembara didapati positif dan berada dalam Kategori 3 hingga 5 maka pusat kuarantin mereka adalah di Hospital.

Antara kos yang ditanggung pengembara adalah ujian RTK-Antigen, pengangkutan ke pusat kuarantin, kos kuarantin (untuk yang tidak lengkap vaksin atau langsung tidak divaksin) dan semua kos rawatan COVID-19 termasuk kemasukan ke wad bagi Kategori 3 hingga 5.

“Kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun dan ke bawah dikecualikan daripada kuarantin tanpa mengira status vaksinasi, melainkan positif semasa tiba di Sabah,” tambahya.