Pemburu Haram Penyu Diberkas Dengan Rampasan RM 11,564 | Sabah News

Pemburu Haram Penyu Diberkas Dengan Rampasan RM 11,564 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Suspek duduk diantara anggota Pasukan Polis Marin Semporna menghadap rangka sisik penyu yang dibunuhnya. – Foto ihsan PPM Semporna…

SEMPORNA, SABAH – Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini berjaya memberkas seorang pemburu haram penyu yang aktif di Kampung Bangau-Bangau pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPm Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata bertindak atas maklumat, dua anggota bersama seorang pengadu telah ke kampung tersebut bagi tujuan pemeriksaan.

Polis memperkenalkan diri kepada suspek, seorang lelaki berbangsa Bajau Laut berumur 31 tahun, sebelum memeriksa perahu miliknya yang berikat di depan sebuah rumah tidak bernombor.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan keatas perahu telah menjumpai sejumlah organ penyu yang telah dipotong didalam ruangan perahu tersebut…

“Selain itu, 25 keping sisik Marginal penyu bernilai, 13 keping Plastron penyu, sebuah perahu berwarna jingga bertaris biru, 2 unit enjin pam 16 Hp, sebilah pisau pemotong dan kapak, sebatang tukul dan ‘goggle mask’ turut dirampas.

“Anggaran nilai rampasan berjumlah RM 11,565,” katanya.

Beliau berkata kesalahan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki hasil hidupan liar tanpa permit yang sah.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Jabatan Hidupan Liar,” kata Mohamad.