JPN Sabah Sedia Laksana Jadual Kedua SPM 2021 | Sabah News

JPN Sabah Sedia Laksana Jadual Kedua SPM 2021 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Mistrine berucap pada majlis kesyukuran tamat peperiksaan SPM petang semalam di SMK Takis, Papar…

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Pendidikan Sabah telah bersedia untuk melaksanakan Jadual Kedua Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata ia akan melibatkan jumlah seramai 5955 orang calon.

“Ini kerana mereka dikesan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin semasa peperiksaan SPM 2021 berlangsung pada 2 Mac lalu…

“Mankala, pada masa yang sama, tujuh (7) lagi pelajar terjejas akibat banjir,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau menambah kumpulan tersebut mewakili 16 peratus daripada kesemua 35,271 calon SPM 2021 di Sabah.