Guru Terpedaya ‘Scam’ Beli Duit Syiling Lama | Sabah News

Guru Terpedaya ‘Scam’ Beli Duit Syiling Lama | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Gambar Hiasan…

BEAUFORT, SABAH – Gara-gara terpedaya dengan iklan beli duit syiling lama di laman Instagram, seorang guru mula kehilangan RM 7,550 wang simpanannya pada tengah hari Jumaat.

Mangsa lelaki berumur 36 tahun termakan umpan selepas memulakan perbualan dengan si penipu yang semakin rancak apabila berpindah ke aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, mangsa cuma menyedari dirinya telah ditipu apabila suspek meminta untuk menyerahkan data perbankan akaun miliknya.

“Namun pada ketika itu, mangsa telah memindahkan jumlah wang tersebut kepada tiga pemilik akaun berbeza,” katanya sambil menambah mangsa akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Diraja Beaufort semalam.

Yusoff Zaki berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dalam urusan jual beli barang supaya tidak mudah dieperdaya dengan pelbagai muslihat licik penjenayah,” tegasnya.