Adik Beradik Terbabas Motor Bergesel Kereta | Sabah News

Adik Beradik Terbabas Motor Bergesel Kereta | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KUNAK, SABAH – Dua adik beradik cedera selepas motosikal jenama SYM yang dinaiki mereka terbabas di tepi Jalan Sungai Langas di Jalan Semporna – Kunak sini.

Difahamkan kejadian 9.30 pagi tadi berlaku selepas kedua pemuda terbabit bergesel dengan sebuah kereta yang mana jenisnya tidak diperolehi.

Bagaimanapun, mangsa-mangsa yang dikenal pasti sebagai Asmil Samad, 18, dan Afdianshah Samad, 22, hanya mengalami cedera ringan.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Kunak menggunakan jentera EMRS serta Ambulans,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 9.46 pagi.