Berlaku Sedikit Peningkatan Kes Harian COVID-19 Hari Ini | Sabah News

Berlaku Sedikit Peningkatan Kes Harian COVID-19 Hari Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu Sabah meningkat 57 kes berbanding semalam dengan 251 KES hari ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan jumlah kes pada hari ini terbit daripada lebih banyak daerah yang mencatat pertambahan kes jangkitan baharu.

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu berbanding hanya 8 daerah yang mencatatkan penurunan kes harian…

“Kecuali di Beluran dan Sipitang yang mencatatkan peningkatan kes dua angka, daerah-daerah lain yang mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini bertambah pada kadar satu angka sahaja,” katanya dalam rumusan harian kes.

Dengan pertambahan kes-kes baharu di lebih banyak daerah, jumlah daerah yang mencatatkan kes dua angka juga bertambah daripada lima (5) daerah semalam kepada 10 daerah hari ini.

“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 64 kes, bertambah 9 kes berbanding sebelumnya…

“Sebanyak 15 daerah (18 semalam) mencatatkan kes satu angka dan dua daerah iaitu Telupid dan Kalabakan tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” tambah Masidi.

Beliau berkata peratusan kes-kes jangkitan sporadik masih tinggi iaitu pada kadar 54 peratus.

“Walau bagaimanapun, ia dilihat semakin menurun walaupun secara perlahan-lahan…

“Hari ini cuma 12 daerah merekodkan kategori ini sebagai punca utama jangkitan baharu,” jelasnya.

Dua (2) orang pesakit baharu berada dalam Kategori 3, empat (4) dalam Kategori 4 dan seorang lagi dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (29 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 64 (55)
Tuaran – 23 (26)
Sandakan – 18 (11)
Papar – 16 (18)
Penampang – 16 (9)
Keningau – 14 (5)
Beluran – 13 (2)
Beaufort – 13 (8)
Putatan – 13 (9)
Sipitang – 12 (1)
Kota Belud – 6 (4)
Ranau – 5 (3)
Tawau – 5 (10)
Tambunan – 4 (5)
Kuala Penyu – 4 (4)
Kudat – 4 (1)
Lahad Datu – 3 (2)
Kinabatangan – 3 (3)
Tenom – 3 (3)
Semporna – 2 (0)
Kota Marudu – 2 (5)
Kunak – 2 (3)
Nabawan – 2 (0)
Pitas – 2 (3)
Tongod – 2 (0)
Telupid – 0 (4)
Kalabakan – 0 (0)