Kes Harian COVID-19 Sabah Turun Ke Paras Bawah 200 | Sabah News

Kes Harian COVID-19 Sabah Turun Ke Paras Bawah 200 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu di bawah paras 200 kes buat pertama kalinya sejak 24 Januari lalu, iaitu sebanyak 194 KES hari ini, penyusutan sebanyak 51 kes berbanding semalam.

Kota Kinabalu yang mencatatkan pertambahan 61 kes semalam susut 42 kes hari ini dengan hanya 55 jangkitan baharu.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu yang lebih rendah di Kota Kinabalu antara faktor utama yang menyumbang kepada penyusutan jumlah keseluruhan.

“Lima daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 55 kes, Tuaran 26 kes, Papar 18 kes, Sandakan 11 kes dan Tawau 10 kes…

“Sebanyak 18 daerah pula mencatatkan jumlah kes baharu satu angka.

“Daerah Semporna, Nabawan, Tongod dan Kalabakan tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu hari ini,” jelas beliau dalam rumusan harian kes.

Tiga kluster juga diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Pengkalan Abai (Kota Belud), Kluster Jalan Beluran Lama (Beluran) dan Kluster Batu Enam (Kota Belud).

Hanya tinggal empat (4) kluster yang masih aktif di Sabah.

Terdapat masing-masing tiga (3) pesakit baharu dalam Kategori 3 dan 4 dan seorang lagi dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (28 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 55 (97)
Tuaran – 26 (17)
Papar – 18 (21)
Sandakan – 11 (12)
Tawau – 10 (16)
Penampang – 9 (13)
Putatan – 9 (9)
Beaufort – 8 (2)
Tambunan – 5 (2)
Kota Marudu – 5 (6)
Keningau – 5 (6)
Kuala Penyu – 4 (7)
Telupid – 4 (0)
Kota Belud – 4 (2)
Ranau – 3 (6)
Kinabatangan – 3 (4)
Kunak – 3 (0)
Pitas – 3 (3)
Tenom – 3 (5)
Beluran – 2 (6)
Lahad Datu – 2 (1)
Sipitang – 1 (3)
Kudat – 1 (7)
Semporna – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)