345 Keluarga Dari Sembilan Kampung Di Kundasang Terima Sumbangan | Sabah News

345 Keluarga Dari Sembilan Kampung Di Kundasang Terima Sumbangan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Yubidi (kanan) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung…

RANAU, SABAH – Seramai 345 ketua isi rumah (KIR) di sembilan buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah menerima sumbangan bantuan bakul makanan.

Kampung- kampung tersebut ialah Kg. Togis, Kg. Langsat, Kg. Debut, Kg. Nalumad, Kg. Takutan, Kg. Perancangan, Kg. Pinawantai, Kg. Turuntungon, dan Kg. Monggis.

Bantuan bakul makanan pada kali Ini disumbangkan oleh Pertubuhan Food Aid Sabah. Turut serta dalam program ini ialah aplikasi membeli belah nombor satu di Malaysia, Shopee serta Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah Malaysia.

Yubidi (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung…

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim menghargai sumbangan yang disumbangkan oleh mana-mana pihak.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan juga kepada Pegawai Khasnya, Goon Thien Shang atas inisiatif program ini.

Sementara itu, edaran ke kampung-kampung terbabit diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo dan dibantu oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang.

Menurut Yubidi, kenderaan seperti lori dan pacuan empat roda digunakan mengedarkan kesemua bakul makanan berkenaan.

“Kemudiannya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan memantau agihan bakul-bakul makanan ini kepada KIR yang tersenarai menerima bantuan,” katanya.