Lori Dan Van Bertembung, Enam Dewasa Cedera Parah | Sabah News

Lori Dan Van Bertembung, Enam Dewasa Cedera Parah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Pasukan Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan tersebut. – Foto Ihsan Bomba…

TENOM, SABAH – Enam dewasa cedera parah dalam peretembungan antara kenderaan lori 10 tan dan sebuah Van Isuzu di Batu 8, Jalan Tenom – Kemabong tengah hari tadi.

Mereka termasuk empat orang wanita dan dua lelaki berumur 35 hingga 65 tahun.

Dua kanak-kanak perempuan dan lelaki, masing-masing berumur 13 dan 11 tahun, turut mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital. – Foto Ihsan Bomba…

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata 5 orang mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“Manakala 3 orang mangsa lagi berjaya dikeluarkan oleh anggota di tempat kejadian dan dihantar ke hospital menaiki Ambulans untuk mendapat rawatan selanjutanya,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Tambahnya operasi ditamatkan pada jam 1.57 petang.