KM HAJIJI LULUSKAN PROJEK PEMBANGUNAN BERJUMLAH RM980,000 UNTUK TAMPARULI | Sabah News

KM HAJIJI LULUSKAN PROJEK PEMBANGUNAN BERJUMLAH RM980,000 UNTUK TAMPARULI | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menandatangani plak memperingati pembukaan rasmi trek Bukit Perahu di Kampung Ruhiang, Tamparuli…

TUARAN, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meluluskan LIMA (5) projek pembangunan berjumlah RM980,000 untuk mukim Tamparuli di sini.

Antara projek itu ialah menaik taraf sambungan elektrik di Dewan Tun Hamdan yang akan termasuk pembinaan pengubah kuasa.

Dalam lawatan kerja sulungnya ke mukim itu pada Ahad, Ketua Menteri turut merasmikan
pada majlis pecah tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri Tamparuli berharga RM1.5 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diiringi Adun Datuk Jahid Jahim (Tamparuli), Datuk Joniston Bangkuai (Kiulu) dan Jasni Daya (Pantai Dalit) melintasi jambatan ikonik Tamparuli…

Terdahulu, Hajiji melawat Jambatan Gantung Tamparuli yang ikonik di mana beliau menonton persembahan Persatuan Seni Budaya Tuaran pada kaki jambatan selain melihat lukisan mural.

Beliau memuji inisiatif untuk menjadikan jambatan ikonik itu lebih menarik kepada pengunjung.

“Pelawat datang dari seluruh dunia untuk melihat Jambatan Tamparuli yang ikonik ini dan
persembahan tarian serta lukisan mural akan memberi nilai tambahan dan kenangan buat mereka,” katanya.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merasmikan majlis pecah tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri Tamparuli…

Ketua Menteri turut menandatangani plak bagi memperingati pembukaan rasmi Trek 800m Bukit Perahu di Kampung Ruhiang, yang telah dinaik taraf dengan pembiayaan daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri.

Trek ini popular di kalangan penduduk dan pencari pengembaraan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Hajiji berkata beliau akan melawat lebih banyak daerah mulai April.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, ADUN Pantai Dalit, Jasni Daya, Pegawai Daerah Tuaran, Sharin Samsir dan Penolong Pegawai Daerah Tamparuli Herman Tugigging.