Kes Harian COVID-19 Sabah Teruskan Trend Stabil | Sabah News

Kes Harian COVID-19 Sabah Teruskan Trend Stabil | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan di Sabah meneruskan trend penstabilan dengan 245 KES baharu hari ini iaitu 24 kes lebih rendah daripada semalam.

Hampir semua daerah di Sabah mencatatkan penurunan pada jumlah jangkitan harian termasuk sifar (0) kes di 6 daerah, iaitu Kalabakan, Tongod, Nabawan, Kunak, Telupid dan Semporna.

“Hanya lima (5) daerah mencatatkan pertambahan jumlah kes harian,” kata jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dalam rumusan harian.

“Kecuali Kota Kinabalu (97 kes) yang mencatat pertambahan hampir tiga kali ganda daripada 36 kes kelmarin, daerah-daerah lain hanya melaporkan jumlah pertambahan yang marginal…

“Walaubagaimanapun, risiko jangkitan secara sporadik kekal tinggi dan hari ini ia 59 peratus daripada semua kes baharu.

“Oleh itu walaupun jumlah jangkitan baharu di Sabah semakin terkawal, tetapi amatlah disarankan agar rakyat terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa,” tegasnya.

Hanya seorang pesakit baharu berada dalam Kategori 3 manakala terdapat dua lagi dalam Kategori 4.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (27 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 97 (36)
Papar – 21 (23)
Tuaran – 17 (26)
Tawau – 16 (8)
Penampang – 13 (36)
Sandakan – 12 (17)
Putatan – 9 (19)
Kuala Penyu – 7 (9)
Kudat – 7 (6)
Beluran – 6 (3)
Ranau – 6 (8)
Kota Marudu – 6 (15)
Keningau – 6 (13)
Tenom – 5 (4)
Kinabatangan – 4 (6)
Sipitang – 3 (3)
Pitas – 3 (5)
Tambunan – 2 (4)
Beaufort – 2 (17)
Kota Belud – 2 (5)
Lahad Datu – 1 (3)
Semporna – 0 (0)
Telupid – 0 (0)
Kunak – 0 (1)
Nabawan – 0 (1)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (1)