Seorang Suami Menghalau Dan Pukul Isteri Hanya Kerana Tidak Undi Parti Pilihannya | Sabah News

Seorang Suami Menghalau Dan Pukul Isteri Hanya Kerana Tidak Undi Parti Pilihannya | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar sekadar hiasan…

UTTAR PRADESH, INDIA Seorang lelaki didakwa memukul dan menghalau isterinya keluar rumah kerana wanita itu enggan mengundi parti pilihannya pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri yang baru berakhir di negeri ini.

Memetik laporan DNA news, lelaki berkenaan juga didakwa telah mengugut untuk menamatkan perkahwinannya dan menceraikan isterinya yang baru berusia 21 tahun itu.

Susulan daripada perkaran itu, wanita berkenaan kemudiannya meminta bantuan badan NGO yang mana telah membangkitkan isu itu di media serta memaklumkan kepada polis.

Kesnya juga mendapat perhatian Jawatankuasa Nasional untuk Wanita (NCW) dan Pengerusi NCW, Rekha Sharma menulis surat kepada Ketua Pengarah Polis agar mengambil tindakan tegas terhadap suami wanita itu dan mentuanya.