Pelakon, Pelawak Veteran Amran Tompel Meninggal Dunia | Sabah News

Pelakon, Pelawak Veteran Amran Tompel Meninggal Dunia | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Allahyarham Amran Tompel…

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.37 petang Sabtu di kediamannya di Senawang Negeri Sembilan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Allahyarham yang berusia 72 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser usus sejak sekian lamanya.

Allahyarham Amran merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor negara iaitu AR Badul dan Adlin Aman Ramlie yang mana ketiga-tiganya adalah nak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel.

Dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura, adik kepada pelakon AR Badul dan juga abang Adlin Aman Ramlie itu meninggalkan empat anak.

Untuk rekod, kerjaya seni Allahyarham bermula pada 1987 apabila tampil dengan filem pertama Keluarga 69 sebagai watak Joe.

Allahyarham juga ada membintangi beberapa buah drama atau filem di Malaysia antaranya Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.