36.4 Peratus Populasi Kanak-Kanak Telah Divaksin | Sabah News

36.4 Peratus Populasi Kanak-Kanak Telah Divaksin | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Gambar Hiasan…

KUALA LUMPUR – Menerus laman web CovidNow, sebanyak 1,293,762 individu atau 36.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Jumaat.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,847,758 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,944,865 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 15,595,578 individu atau 66.3 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak dan 22,947,925 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi, manakala 23,224,065 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 33,034 dos vaksin telah diberikan pada Jumaat melibatkan 12,567 suntikan pertama, 1,297 suntikan lengkap dan 19,170 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,642,700 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 52 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan Selangor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 11 kes diikuti Johor dan Kedah masing-masing lapan kes serta Pahang dan Perak masing-masing enam kes.

Pulau Pinang merekodkan empat kes, Kelantan dan Sabah masing-masing dua kes serta masing-masing satu kes di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak dan Terengganu.