120 Orang Sertai Program Derma Darah Tamu KRT Pekan Kundasang | Sabah News

120 Orang Sertai Program Derma Darah Tamu KRT Pekan Kundasang | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Suasana program menderma darah di perkarangan tamu KRT Pekan Kundasang…

RANAU, SABAH – Satu program derma darah telah diadakan di perkarangan Tamu KRT Pekan Kundasang, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam merakamkan ucapan kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Beliau diwakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Dounis Sani dalam perasmian program itu.

Dounis (tengah) berada di perkarangan tamu KRT Pekan Kundasang dalam program menderma darah…

Menurut Dounis, program derma darah Ini anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Kundasang, UPPM Kundasang, Tabung Darah Hospital Ranau dan KRT Kundasang.

Seramai 120 orang terlibat sama dalam program pada hari ini.

Dr. Joachim juga telah memberikan sumbangan untuk membiayai kos makan minum para petugas.

Turut hadir juga ialah Pengerusi ALPH, Benedict Gunda; Juruteknologi makmal perubatan Unit Tabung Darah, Hoapital Daerah Ranau, Gracey John; Penyelia Kemajuan Masyarakat, Japli Madi, dan Pegawai Kemajuan Masyarakat, Kasinin Basir.