Sabah Terima Geran Rukun Tetangga RM6 Juta | Sabah News

Sabah Terima Geran Rukun Tetangga RM6 Juta | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Shahelmey ketika menyerahkan ‘mock cheque’ Geran Rukun Tetangga kepada wakil KRT daerah Papar sambil disaksikan oleh Delin Liet Blaun; Pengarah JPNIN Sabah (dua dari kiri)…

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 1,027 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang aktif di negeri ini menerima Geran Rukun Tetangga “Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia” berjumlah RM 6. 16 juta.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ianya bagi memperkukuhkan peranan Komuniti Rukun Tetangga dalam komuniti setempat.

Jelasnya, geran yang diberikan dari Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah yang bernaung di bawah kementeriannya itu juga untuk memberi pengiktirafan kepada komuniti yang sentiasa bergerak aktif.

“Tahun ini, Kerajaan menyediakan Geran Rukun Tetangga sebanyak RM6. 16 juta kepada KRT Negeri Sabah iaitu RM6,000 kepada setiap KRT yang aktif di negeri ini…

“Ia adalah bagi memperkukuhkan peranan KRT dalam komuniti melalui pelaksanaan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga yang merangkumi gerak kerja KRT Sejahtera, KRT Sihat, KRT Selamat serta KRT Bersih dan Indah,” katanya.

Shahelmey berkata demikian Ketika merasmikan Majlis Penyampaian Geran Rukun Tetangga “Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia” dan Pelancaran Gerak Kerja Komuniti KRT Tahun 2022 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Shahelmey juga berharap agar semua KRT di negeri ini untuk terus aktif agar dapat membangunkan komuniti yang bermuafakat.

“Kita amat mengharapkan agar KRT yang ada di negeri Sabah semua turut aktif dalam usaha untuk membangunkan komuniti, mengeratkan perpaduan dan juga mengeratkan integrasi nasional” katanya.