Pil Perancang Kehamilan Bebas Hormon Bagi Kaum Lelaki Dicipta Saintis | Sabah News

Pil Perancang Kehamilan Bebas Hormon Bagi Kaum Lelaki Dicipta Saintis | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

MINNESOTA, AS – Penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) telah membangunkan pil perancang kehamilan yang akan ditawarkan kepada kaum lelaki yang tidak melibatkan penggunaan sebarang hormon.

Menurut laporan The Sun, ianya dijangka memberi harapan baharu dalam pemilihan kaedah kontraseptif.

Ubat yang tidak melibatkan penggunaan sebarang hormon itu dikatakan berkesan hingga 99 peratus dalam menghalang kehamilan daripada berlaku dalam uji kaji tikus makmal…

Ia menyasarkan gen yang menghasilkan asid retinoik iaitu satu bentuk vitamin A yang memacu perkembangan sperma.

Percubaan klinikal ke atas manusia mungkin bermula pada akhir tahun ini.

Kebanyakan ujian klinikal pil kontraseptif menyasarkan testosteron hormon seks lelaki yang boleh menyebabkan obesiti dan kemurungan.

Penulis utama kajian, Abdullah Al Noman dari Universiti Minnesota berkata, pihaknya membangunkan kontraseptif bukan hormon untuk mengelakkan kesan sampingan tersebut.

Pada masa ini, hanya terdapat dua bentuk kontraseptif untuk lelaki iaitu penggunaan kondom dan vasektomi (pemotongan salur pembawa sperma).

Kondom hanya boleh digunakan sekali dan tidak dijamin untuk mengelakkan kehamilan.

Vasektomi pula adalah satu kaedah pemandulan berbentuk pembedahan yang mahal dan tidak semestinya berjaya.