Mayat Kanak-Kanak Ditemui Terapung | Sabah News

Mayat Kanak-Kanak Ditemui Terapung | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Hazani menunjukkan lokasi mayat ditemui kepada Zaidi…

KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berumur 9 tahun ditemui terapung pada celah batu perairan Jalan Coastal berhampiran Sutera Harbour sini.

Penemuan kira-kira pukul 2 petang tadi dibuat oleh dua remaja lelaki, Hazani, 19, dan Fadzli, 17, sedang dalam perjalanan kaki pulang dari tempat kerja di pusat beli belah yang berdekatan ke Tanjung Aru.

Mayat mangsa diletakkan dalam kenderaan polis…

Tanpa membuang masa, mereka berdua terus bertindak mengangkat mayat tersebut keluar daripada air sebelum ketibaan pihak berkuasa kerana risau dihanyutkan arus laut.

“Kami melihat mayat terapung dan bertiarap, memakai baju jersi ‘Sabahan’ berwarna biru dan seluar panjang hitam,” kata Hazani.

ACP Mohd Zaidi Abdullah…

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, terdapat lebam pada bahagian dahi mangsa dipercayai terhentak pada batu serta kulit telah mula mengupas, menandakan mayat telah berada dalam air buat masa yang lama.

“Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan kematian mangsa dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga selesai proses bedah siasat dan ujian saringan COVID-19.

“Dari segi pemerhatian luaran, tiada kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya ketika ditemui.

Menurut beliau, mangsa tidak mempunyai kesan suntikan BCG pada lengan yang membuat pihaknya percaya mangsa bukan seroang warganegara.