Vaksin Sinovac tidak laku di EU? 

Vaksin Sinovac tidak laku di EU? 

Kongsikan Berita Ini


PUTRAJAYA: Lebih 10 juta pe­nerima vaksin Sinovac di negara ini berisiko tinggi di­sekat dari memasuki mana-mana 27 negara anggota Kesatuan Ero­pah (EU) berikutan dikatakan tidak diiktiraf Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Jenama vaksin keluaran firma dari China, Sinovac Biotech itu langsung tiada dalam senarai vaksinasi yang diberikan pentauliahan rasmi oleh EMA. 

Apa sebenarnya yang berlaku?

Apakah asasnya yang membuatkan Khairy Jamaluddin semasa menjadi Menteri MOSTI membuat keputusan untuk membeli vaksin Sinovac.

Sinovac Tidak Laku Di Eropah, KJ Kena Bertanggungjawab!!!

Lebih mengejutkan kita, 2 beradik telah diarahkan keluar dari Jerman serta merta kerana menerima dos penggalak yang berbeza dari dos primer.

Kedua beradik tersebut berada di Jerman kerana melancong telah menerima 2 dos vaksin Sinovac dan 1 dos penggalak Comirnaty.

10 juta penerima vaksin Sinovac sebagai dos primer dan 1 dos penggalak vaksin Comirnaty berhadapan risiko penolakan negara² Kesatuan Eropah.

KJ tidak boleh lepas tangan dan jangan mencari alasan yang bukan-bukan.

Rakyat Malaysia mahu tahu jawapan yang tuntas.

KJ Paksa Rakyat Malaysia Menerima Vaksin Yang Di Tolak Kesatuan Eropah!!!

Kenapakah selepas rakyat Malaysia dipaksa dan diugut untuk mengambil 2 dos lengkap vaksin dan 1 dos penggalak, perkara sebegini boleh berlaku?

Apakah KJ tidak merujuk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum membuat keputusan?

Apabila Kesatuan Eropah tegas menolak vaksin Sinovac, apakah ada jaminan kesihatan rakyat Malaysia yang mengambil vaksin yang sama?

Beberapa hari yang lalu, Edisi Siasat melapurkan KJ menyanggah keputusan Perdana Menteri untuk tidak memaksa rakyat mengambil dos penggalak.

Kini bukan sahaja vaksin campuran antara vaksin primer dan dos penggalak ditolak tetapi vaksin primer dari Sinovac juga telah ditolak.

Siasatan rapi mengenai penggunaan duit rakyat untuk membeli dan menentukan jenis vaksin mesti dilakukan segera.

Sekiranya perlu ditubuhkan RCI, tubuhkan segera untuk menyiasat siapa sahaja yang terlibat dalam pembelian vaksin.

Ini bukan hanya isu duit rakyat yang dibelanjakan tetapi risiko keselamatan rakyat Malaysia yang akan ke luar negara.

Kesatuan Eropah pasti ada asas yang kukuh mengapa mereka menolak vaksin Sinovac dan vaksun campuran dos primer dan dos penggalak.

KJ tidak boleh lepas tangan dan mesti segera memberikan jawapan yang tuntas kepada rakyat.

Sekiranya terbukti vaksin Sinovac atau vaksin campuran tidak berkesan, apakah langkah yang akan dilakukan kepada 10 juta penerima vaksin berkenaan!

sumber – https://edisisiasat.com/2022/03/24/sinovac-tidak-laku-di-eropah-kj-kena-bertanggungjawab/

sumber – https://www.utusan.com.my/berita/2022/03/sinovac-tidak-laku-di-eu/