SABAH DIANGGAR TERIMA GERAN TAHUNAN RM 1.14 BILION BAGI TAHUN 2022 | Sabah News

SABAH DIANGGAR TERIMA GERAN TAHUNAN RM 1.14 BILION BAGI TAHUN 2022 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Haji Kadzim Haji M.Yahya di Persidangan DUN Sabah, hari ini…

KOTA KINABALU, SABAH – Pemberian geran tahunan daripada Kerajaan Persekutuan meningkat dari RM1.13 bilion pada tahun 2020 dan RM1.09 bilion pada tahun 2021 kepada RM1.14 bilion untuk tahun ini.

Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tentang perkara itu hari ini sebagai menjawab soalan Ahli DUN Dilantik, Datuk Amisah Yassin.

“Terimaan dan sumbangan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan yang diakaunkan sebagai Hasil Perbekalan dan Pembangunan adalah terdiri daripada:

“Pemberian mengikut kiraan kepala, pemberian khas, pemberian pertambahan hasil (bahagian pertama), pemberian untuk menggantikan duti import/eksais ke atas petroleum;

“Sumbangan kepada kos perlaksanaan projek pembangunan persekutuan, pemberian bagi membiayai perbelanjaan mengurus bagi Jabatan-jabatan di bawah Senarai Bersama;

“Pemberian bagi membiayai perbelanjaan mengurus lembaga muzium, pemberian sumbangan bagi membiayai perbelanjaan
Mengurus perpustakaan negeri;

“Pemberian pelancongan, geran tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan
Kesejahteraan hidup (TAHAP) dan pemberian penyelenggaran jalan negeri (MARRIS),” jelasnya.