Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim Disahkan Positif COVID-19 | Sabah News

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim Disahkan Positif COVID-19 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Datuk Seri Anwar Ibrahim…

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian Rt-PCR di Parlimen hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang berkenaan iaitu Shukri Saad.

“Datuk Seri Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama TUJUH (7) hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, semua Ahli Parlimen serta pegawai bertugas diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 berkala pada setiap Isnin dan Rabu sepanjang tempoh persidangan bagi mengawal penularan COVID-19.