Banjir: Empat Penduduk Kampung Kalangkanar Dipindahkan | Sabah News

Banjir: Empat Penduduk Kampung Kalangkanar Dipindahkan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Mangsa yang diselamatkan oleh pasukan Bomba. Foto Ihsan Bomba…

TENOM, SABAH – Empat orang di Kampung Kalangkanar sini mendapat bantuan pemindahan daripada pasukan Bomba daerah setelah dilanda banjir.

Pusat Gerakan Bomba Sabah melaporkan mangsa merupakan tiga orang lelaki termasuk seorang wanita yang mana rumah mereka telah dinaiki air.

Panggilan kecemasan berhubung insiden diterima pada pukul 3.56 petang tadi.

“Mangsa ditempatkan di Rumah Kebudayaan kampung berkenaan. Tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

“Operasi dijalankan bersama agensi bantuan Polis dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Pemantauan paras air akan dirteruskan, katanya.