Wanita Hilang Tiga Hari Ditemui | Sabah News

Wanita Hilang Tiga Hari Ditemui | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Mangsa yang hilang selama 3 hari yang lalu selamat dijumpai
di kebun kelapa sawit oleh Pasukan Bomba bersama Pasukan Polis, Pasukan RELA dan orang kampung. Foto Ihsan Bomba…

TAMBUNAN, SABAH – Warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari sayur sejak tiga hari yang lalu (Khamis) di Kampung Tikolod sini, selamat dijumpa hari ini.

Mangsa Bibia Angkangon, 63, ditemui pasukan cari dan menyelamat terdiri daripada anggota Bomba, Polis, RELA dan penduduk kampung pada jam 2.20 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat hari kedua dimulakan pada jam 8 pagi di kawasan hutan dan persisiran sungai berdekatan…

“Mangsa telah dijumpai di kebun kelapa sawit 1.5 km dari rumah mangsa dan berada dalam keadaan baik dan selamat.

“Beliau seterusnya dibawa ke Hospital pada jam kira-kira 30 minis kemudian oleh Pihak Polis bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan selanjutnya,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 petang.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *