Wanita PBS Kundasang Hulur Sumbangan Kepada Rumah Kanak-Kanak Don Bosco Bundu Tuhan | Sabah News

Wanita PBS Kundasang Hulur Sumbangan Kepada Rumah Kanak-Kanak Don Bosco Bundu Tuhan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Martina (tengah) dan Father Michael (dua dari kiri) bersama-sama memunggah barangan sumbangan turun dari kenderaan…

KUNDASANG, SABAH – Rumah Kanak-kanak Don Bosco, Bundu Tuhan, Kundasang telah menerima sumbangan daripada Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) N.36 Kundasang.

Menurut Ketua Wanitanya, Martina Payak, berkata sumbangan berkenaan merupakan sumbangan daripada isteri kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datin Linda Ewit.

“Sumbangan ini merupakan tanda keperihatinan dan kepekaan Datin Linda dengan melihat kepada keperluan rakyat dan kita berharap sumbangan ini dapat membantu mereka,” kata Martina.

Martina (enam dari kanan), Linda (tiga dari kiri), dan Father Michael (tengah) bergambar kenangan di Rumah Kanak-kanak Don Bosco, hari ini…

Dalam pada itu, satu sesi penyerahan sumbangan kepada rumah berkenaan telah diadakan dan sumbangan diterima oleh Rektor Paroki Bundu Tuhan, Reverend Father Michael Maduit, di sini hari ini.

Martina mengucapkan terima kasih kepada Linda atas sumbangan serta sokongan yang diberikan dan juga kepada yang semua yang terlibat menjayakan program ini.

Rombongan Wanita PBS yang disertai lebih kurang 10 orang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Wanita, Duhim Abin.

Sementara itu, Father Michael turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan seperti ini dan beliau mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai.

Rumah Kanak-kanak ini telah mula dibuka sejak tahun 60-an dan kini menampung seramai 43 orang pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *