Suntikan Penggalak Vaksin Moderna Beri Perlindungan Baik Kepada Warga Emas – Kajian | Sabah News

Suntikan Penggalak Vaksin Moderna Beri Perlindungan Baik Kepada Warga Emas – Kajian | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Vaksin Moderna (MRNA.O) COVID-19…

SINGAPURA – Warga emas akan medapat perlindungan yang lebih baik terhadap COVID-19 apabila mereka mendapat suntikan penggalak vaksin jenis Moderna ika mereka sebelum ini telah mengambil vaksin Pfizer bagi suntikan pertama dan kedua.

Ia dibuktikan penyelidik di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) Singapura, berdasarkan satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Memetik laporan BH, kajian tersebut menunjukkan bahawa TUJUH (7) hari selepas mengambil suntikan penggalak, penerima berusia lebih 60 tahun yang mengambil Moderna mempunyai paras antibodi purata dua kali lebih tinggi berbanding mereka yang mengambil vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty.

Hasil kajian itu konsisten merentasi semua varian COVID-19, kata NCID dalam kenyataan sama.

Ketua Rangkaian Penyelidikan Klinikal Penyakit Berjangkit Singapura di NCID, Dr Barnaby Young, berkata tujuan kajian itu adalah untuk membina data setempat mengenai pemahaman imuniti terhadap penyakit itu melalui suntikan penggalak.

Kajian itu, yang dijalankan antara 12 Oktober dan 3 Disember tahun lalu, membabitkan 100 peserta yang sudah menerima suntikan Pfizer sebagai siri utama vaksinasi COVID-19 mereka, dengan separuh peserta berumur 60 tahun ke atas.

Penyelidik memerhatikan bahawa walaupun pada 28 hari selepas vaksinasi, paras antibodi purata pada orang tua kekal 1.5 kali lebih tinggi bagi mereka yang mengambil vaksin penggalak Moderna.

Bagaimanapun, paras antibodi adalah serupa pada orang dewasa yang lebih muda bagi kedua-dua vaksin.

Bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas, penyelidik mendapati peneutralan tahap antibodi terhadap varian Omicron dengan penggalak Moderna adalah pada 84.3 peratus 28 hari selepas suntikan, berbanding 72.8 peratus dengan penggalak Pfizer-BioNTech/ Comirnaty.

Peneutralan antibodi dianggap memainkan peranan penting dalam imuniti terhadap coronavirus itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *