Kanak-Kanak Lebih Terdedah Kepada Komplikasi Akibat COVID-19 Jika Tidak Divaksin | Sabah News

Kanak-Kanak Lebih Terdedah Kepada Komplikasi Akibat COVID-19 Jika Tidak Divaksin | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar sekadar hiasan…

BAGAN SERAI, PERAK – Komplikasi sindrom sistem radang berbilang (MIS-C) disebabkan jangkitan COVID-19 boleh dielak sekiranya kanak-kanak telah divaksin, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata, ini kerana kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun yang tidak divaksinasi lebih terdedah kepada (MIS-C) sekiranya dijangkiti Covid-19.

“Peratusan untuk kena MIS-C lebih tinggi sekiranya kanak-kanak tersebut langsung tidak divaksin…

“Dengan pengambilan vaksin ia dapat menurunkan kadar kes yang serius kepada kanak -kanak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Pelancongan Domestik Mukim Gunung Semanggol Daerah Kerian di Kampung Padang Lalang, di sini hari ini.

Menurut beliau, sehingga semalam sebanyak 34.9 peratus kanak-kanak telah divaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Katanya, Sarawak telah mençapai 67.7 peratus vaksinasi manakala dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu di bawah lima belas peratus.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *