Dua PPS Kampung Kurnia Jaya Dibuka | Sabah News

Dua PPS Kampung Kurnia Jaya Dibuka | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Foto ihsan APM Sabah…

TAWAU, SABAH – Sejumlah 317 mangsa kebakaran rumah setinggan Kampung Kurnia Jaya pada Khamis kini ditempatkan di dua buah Pusat Penampatan Sementara (PPS).

Mereka terdiri daripada 51 bilangan keluarga yang mana masing-masing 22 dan 29 mencari perlindungan di Dewan Serbaguna Kg Kinabutan Kecil dan Kg Hidayat Batu 4.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sabah melaporkan kejadian pada kira-kira 4.30 petang itu mengakibatkan 1,388 individu tinggal sehelai sepinggang.

“Sebahagian mangsa yang tidak mendaftar di PPS tinggal di rumah keluarga terdekat,” katanya sambil menambah proses pendaftaran masih berjalan dalam kenyataan 8 pagi tadi.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *