AS Tawar Ganjaran Kepada Pemberi Maklumat Rasuah | Sabah News

AS Tawar Ganjaran Kepada Pemberi Maklumat Rasuah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Logo U.S. Department of the Treasury…

AS – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melalui Kongres telah menubuhkan Program Ganjaran Pemulihan Aset Kleptokrasi bagi memerangi rasuah kerajaan negara lain.

Program tersebut merupakan salah satu usaha AS yang berterusan untuk mengenal pasti dan mendapatkan semula aset yang dicuri, kehilangan hasil daripada rasuah, serta mengembalikan aset atau hasil yang dicuri tersebut kepada negara terkesan akibat perbuatan rasuah.

Melalui program tersebut, ganjaran akan diberikan kepada pemberi maklumat yang membawa kepada sekatan atau rampasan, atau penghantaran balik “aset yang dicuri” seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang, yang dikaitkan dengan rasuah kerajaan negara asing.

Program tersebut di urus oleh Pejabat Keganasan dan Perisikan Kewangan Jabatan Perbendaharaan AS dengan kerjasama Jabatan Keadilan AS serta Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Negeri dan Tempatan AS.

Difahamkan, program tersebut berfungsi sebagai pengganda paksa untuk program ganjaran sedia ada yang disasarkan kepada pelbagai ancaman kewangan haram.

“Setiausaha Perbendaharaan AS mempunyai kuasa berkanun untuk menawarkan ganjaran sehingga maksimum 5 juta US dollar untuk maklumat yang membawa kepada sekatan atau rampasan, rampasan atau penghantaran balik aset yang dicuri dalam akaun di institusi kewangan AS ( termasuk institusi kewangan asing cawangan AS), yang datang dalam Amerika Syarikat, atau yang berada dalam milikan atau kawalan mana-mana orang AS.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *