9,145 Pelarian Ukraine Dipindahkan Dalam Tempoh 24 Jam | Sabah News

9,145 Pelarian Ukraine Dipindahkan Dalam Tempoh 24 Jam | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Lebih 9,000 penduduk dipindahkan dari Ukraine dalam tempoh 24 jam…

ANKARA, TURKEY – Hanya dalam tempoh 24 jam, seramai 9,145 orang dipindahkan melalui koridor kemanusiaan di Ukraine.

Sembilan koridor bantuan kemanusiaan dibuka pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Ukrinform.

“Seramai 4,972 orang, termasuk 1,124 kanak-kanak, dipindahkan dari tenggara wilayah Mariupol ke bandar tenggara Zaporizhia,” kata Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Kyrylo Tymoshenko dalam Telegram.

Sementara itu, 4,173 orang dipindahkan dari Wilayah Sumy, tambahnya.

Perang Rusia-Ukraine yang bermula pada 24 Februari mengundang kecaman antarabangsa membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global menarik diri dari Rusia.

Sekurang-kurangnya 816 orang awam terbunuh dan 1,333 cedera di Ukraine sejak perang bermula, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil menyatakan angka itu mungkin lebih tinggi.

Lebih 3.27 juta orang juga melarikan diri ke negara jiran, kata agensi pelarian PBB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *