Seorang Lagi Pengamal Media Maut Di Ukraine | Sabah News

Seorang Lagi Pengamal Media Maut Di Ukraine | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Jurukamera dari Fox News, Pierre Zakrzewski yang bertugas membuat liputan perang Rusia dan Ukraine maut. – Foto Fox News…

KYIV, UKRAINE: Seorang lagi jurukamera yang bertugas untuk membuat liputan perang antara Rusia dan Ukraine maut.

Jurukamera dari Fox News, Pierre Zakrzewski adalah seorang pengamal media yang sangat dihormati kerana beliau mempunyai semangat juang yang tinggi serta mempunyai bakat merakam peristiwa di meda perang yang dikatakan tidak dapat ditandingi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Media Fox News, Suzanne Scott, Zakrzewski bersama rakannya, Benjamin Hall terkena tembakan di luar ibu kota Kyiv, Horenka.

Katanya, Zakrzewski seorang jurukamera yang sering membuat liputan di negara bergolak dan zon perang untuk berita antarabangsa syarikat berkenaan.

“Dari Iraq ke Afghanistan hingga ke Syria dia berkhidmat untuk kami.

“Semangat dan bakatnya tidak dapat ditandingi,” katanya.

Menurutnya, Zakrzewski yang tinggal di London bertugas di Ukraine sejak Februari lalu.

Dalam pada itu, Hall yang dilaporkan cedera masih dirawat di hospital di Ukraine.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *