MESYUARAT PERTAMA AJK PENAJA PARTI GRS, SUDAH SEDIA HADAP PRU-15 | Sabah News

MESYUARAT PERTAMA AJK PENAJA PARTI GRS, SUDAH SEDIA HADAP PRU-15 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Presiden PBS, Star & SAPP menunjukkan logo rasmi parti GRS selepas mesyuarat pertama ahli jawatankuasa penaja parti itu…

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penaja Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Alamesra, hari ini.

Antara Ahli Jawatankuasa Penaja GRS yang hadir ialah tiga orang Timbalan Pengerusi iaitu Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Setiausaha Agung ialah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai dan Bendahari, Encik Ardino Diris.

Tiga orang Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Datuk Rubin Balang, Dato Sri Ruddy Awah dan Edward Dagul.

GRS telah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah parti politik pada 11 Mac 2022 lalu…

Hajiji berkata gabungan empat parti iaitu BERSATU, PBS, STAR dan SAPP merupakan sejarah jajaran baharu bagi landskap politik di Sabah…

“Kita berharap gabungan ini boleh membawa kestabilan politik serta meningkatkan perpaduan dan kerjasama antara parti-parti di negeri Sabah skrg demi kebaikan dan pembangunan negeri dalam menghadapai cabaran masa akan datang.

“Kita juga telah membincangkan perkara sebagai tarikh pelancaran rasmi GRS, kira-kira sebelum Mei.

“Lambang dan bendera ada sudah dan akan diguna pakai dalam PRU ke-15,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *