Kolaborasi Pernas-DIDR Melahirkan Lebih Ramai Usahawan Francais Di Sabah | Sabah News

Kolaborasi Pernas-DIDR Melahirkan Lebih Ramai Usahawan Francais Di Sabah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Majlis menandatangani MoU di antara Mohd Hilaluddin (duduk, kiri) dan Tseu (duduk, kanan) sambil disaksikan oleh Mohd Tamin (belakang, tengah) dan Hj Zakaria (belakang, dua dari kiri)…

KOTA KINABALU, SABAH – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menandatangani memorandum kolaborasi (MoC) dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah (DIDR) iaitu agensi di bawah Kementerian Perindustrian Sabah (MID) di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu, hari ini.

Melalui kolaborasi yang dijalankan, para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) akan menerima bimbingan melalui projek Be Your Own Boss (BYOB) dan bantuan geran sebanyak RM400,000 yang dikenali sebagai Bantuan IKS (BAIKS) di Sabah.

Kolaborasi ini bertujuan membantu usahawan-usahawan kecil bumiputera dan bukan bumiputera di Sabah yang terjejas perniagaan berikutan kesan pandemik COVID-19…

Ia juga bermatlamat untuk meningkatkan bilangan usahawan-usahawan IKS di Sabah untuk menceburi bidang perniagaan berlandaskan sistem francais dan prafrancais.

Projek BYOB menawarkan dua (2) program di bawahnya iaitu program ‘Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET)’ untuk wanita dan program ‘Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY)’ untuk golongan belia.

Melalui projek BYOB, para usahawan berpeluang mengikuti latihan berstruktur, padanan perniagaan, pembiayaan dan pemantauan perniagaan selama enam (6) bulan apabila bermulanya perniagaan.

Pernas menyasarkan untuk melahirkan 1,000 francaisi dan prafrancaisi melalui dua (2) program tersebut.

Sejak projek ini diperkenalkan, seramai 1,070 orang peserta telah mendaftar sebagai peserta BYOB dan sebanyak RM19 juta diperuntukkan dalam melaksanakan projek BYOB.

MID akan menyalurkan geran kepada usahawan yang berjaya menyertai projek BYOB menerusi agensinya, DIDR dengan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi setiap usahawan.

Menurut Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris, Pengerusi Pernas menyatakan bahawa dijangka sekurang-kurangnya 20 usahawan di Sabah akan mendapat manfaat daripada kolaborasi yang dilaksanakan.

“Majlis pada hari ini menandakan satu lagi komitmen dan inisiatif Pernas dalam merealisasikan mandat dalam meneraju industri francais di Malaysia.

“Pernas sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, Kementerian, pihak swasta, penggiat industri dan juga badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan amnya seterusnya merancakkan pertumbuhan industri francais.” tambah beliau.

Dengan jumlah geran yang diperuntukkan oleh DIDR, Pernas menawarkan pakej perniagaan daripada jenama di bawah program Business In Transformation (BIT) seperti Alap-Alap, Mr. Doonat, Keropok Lekor Masyhur, Nuvis, Chik Satay, Eyda Ice-Cream dan Rollie Café. Dalam program yang sama, terdapat sesi penyampaian mock cheque kepada tujuh (7) usahawan prafrancaisor bagi jenama-jenama tersebut.

Majlis turut dihadiri Tamin Zainal, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Adam Valentine, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Tseu Kei Yue, Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah (DIDR), Azrul Ahmad, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO (Hal Ehwal Korporat dan Kewangan) dan Encik Mohd Hilaluddin Abd Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif Pernas,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *