GRS AKAN TERUS BEKERJASAMA DENGAN BARISAN NASIONAL | Sabah News

GRS AKAN TERUS BEKERJASAMA DENGAN BARISAN NASIONAL | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama AJK Penaja Parti GRS semasa mesyuarat pertamanya di Kota Kinabalu…

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir Sabah seperti yang sedia ada sehinggalah pembubaran parlimen kelak.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata UMNO dan BN kekal sebagai rakan sekutu dalam kerajaan GRS.

“PRU ke-15 boleh diadakan bila-bila masa dan GRS sudah bersedia,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama AJK Penaja GRS petang tadi.

Menurut beliau, GRS akan mempertimbangkan permohonan parti-parti lain yang ingin menyertainya melalui satu jawatankuasa khas yang telah dibentuk.

Selain Parti Kesejahteraan Demokrasi Masyarat Datuk Peter Anthony yang dilancarkan baru-baru ini, Hajiji berkata USNO juga telah memohon untuk menyertai GRS sejak awal tahun lepas.

“Bagi PAS, PAS berada dalam Perikatan Nasional dan bukan dalam GRS,” jelasnya…

Beliau turut berkata kejayaan Barisan Nasional di Melaka dan Johor bukan sesuatu yang memberikan impak yang memudaratkan.

“Politik ini macam-macam kemungkinan tetapi saya melihat apa yang berlalu di Semenanjung tidak sama dengan keadaan politik di Sabah.

“Kemungkinan budaya pemikiran politik itu agak berbeza sedikit di sana. Apa yang berlaku di Semenanjung itu berbeza di Sabah terutama sekali dengan penubuhan GRS,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata GRS mahu menstabilkan suhu politik di Sabah dan bekerja demi rakyat dan ekonomi negeri.

“Landskap politik Sabah cukup asing jika dibandingkan dengan di Semenanjung. Rakyat layak bergerak maju ke hadapan dan itulah kenapa GRS ditubuhkan…

“Setakat ini, GRS berpendapat rakyat sudah cukup (berpolitik) dan bersedia untuk bekerja,” katanya.

Apabila ditanya jika ada kerisauan rakan sekutu mereka itu pada satu hari mungkin berpaling tadah, beliau berkata “kami sentiasa berniat murni”.

“Jika orang berbuat baik, kami juga akan berbuat baik,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *