1,338 Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya Menunggu Penempatan Sementara | Sabah News

1,338 Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya Menunggu Penempatan Sementara | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





1,338 mangsa yang kehilangan tempat tinggal kini dibahagikan kepada tiga transit sementara…

TAWAU, SABAH – Seramai 1,338 mangsa yang kehilangan tempat tinggal ekoran kebakaran yang memusnahkan kira-kira 500 buah rumah di Kampung Kurnia Jaya di Jalan Apas sini semalam kini dibahagikan kepada tiga transit sementara.

Setakat jam 8 pagi hari ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah berkata proses pendaftaran masih dijalankan dan jumlah ketua isi rumah belum dapat ditentukan.

“Majlis Perbandaran Tawau telah menyediakan tempat transit sementara…

untuk mangsa di Rumah Adat Kg. Kurnia Jaya, Dewan Kg. Hidayat Batu 4 dan Masjid Kg. Hidayat Batu 4,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Agensi berkenaan mendedahkan kebakaran kira-kira 4.30 petang itu didapati tercetus daripada litar pintas pada jambatan yang menuju ke-3 Blok E perkampungan setinggan tersebut.

Belum ada Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka bagi mangsa-mangsa terlibat.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *