MUTIARA GRS Lawat Dan Serah Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kudat | Sabah News

MUTIARA GRS Lawat Dan Serah Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kudat | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag melawat kawasan rumah terbakar di Kampung Landong Ayang, Kudat…

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) bersama dengan ahli MUTIARA GRS melawat sambil menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Landong Ayang, di Kudat, hari ini.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag beramah mesra bersama dengan anak mangsa kebakaran di Kampung Landong Ayang, Kudat…
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Landong Ayang, Kudat…

Juliah dan rombongannya turut melihat kawasan dan menyantuni keluarga yang terlibat dalam kejadian itu…

Isteri Ketua Menteri itu turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa pesakit talasemia di Marina Jetty, Kudat.

Rombongan MUTIARA GRS itu turut disertai Isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Cecilia E Kitingan dan Isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin Linda Ewit.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *