Malim Gunung Wanita Diusung Turun MOSAR | Sabah News

Malim Gunung Wanita Diusung Turun MOSAR | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





‘Bomba Gunung’ (MOSAR) mengusung mangsa turun ke Timpohon Gate…

RANAU, SABAH – Seorang malim gunung wanita yang mengalami hipotermia menerima bantuan ‘Bomba Gunung’ (MOSAR) selepas terjatuh di KM 5.7 laluan pendakian Gunung Kinabalu.

Panggilan kecemasan bagi mangsa berumur 20 tahun itu diterima pada pukul 1.20 petang tadi.

“Mangsa telah diberi bantuan awal termasuk dibalut dengan selimut khas dan seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung

“Mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya untuk tindakan lanjut dan perasi ditamatkan pada jam 3.35 petang,” lapor Pusat Operasi Gerakan Bomba Sabah dalam kenyataan tadi.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *