BOLEH SOLAT SAF RAPAT DI SELURUH MASJID DAN SURAU WILAYAH PERSEKUTUAN | Sabah News

BOLEH SOLAT SAF RAPAT DI SELURUH MASJID DAN SURAU WILAYAH PERSEKUTUAN | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

KUALA LUMPUR  Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan berkuat kuasa 1 April ini.

Pengarah JAWI Dato’ Mohd Ajib Ismail berkata, ahli-ahli jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri.

Beliau berkata, kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur bagi mereka yang telah menerima vaksinasi Covid-19.

“Masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan solat sunat tarawih 20 rakaat pada Ramadan ini…

Manakala ‘Qiamullail’ dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau mulai tengah malam.

“Begitu juga majlis berbuka puasa, moreh dan sahur dibenarkan diadakan di masjid dan surau. Makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus,” katanya pada kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semua kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mohd Ajib juga berkata, aktiviti tadarus al-Quran di masjid dan surau serta boleh dilaksanakan pada mana-mana waktu yang bersesuaian dalam bentuk kumpulan kecil.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *