Pembonceng Maut Terbabas Pembahagi Jalan Kampung Dambai | Sabah News

Pembonceng Maut Terbabas Pembahagi Jalan Kampung Dambai | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Keadaan motorsikal mangsa. – Gambar ihsan IPD Penampang…

PENAMPANG, SABAH – Pembonceng sebuah motosikal maut setelah kenderaan terbabit hilang kawalan dan terbabas pada pembahagi jalan di Jalan Papar Lama, berhampiran Kampung Dambai di sini, kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Haji Ibrahim berkata, kedua-dua mangsa berumur 18 tahun.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan manakala pembonceng motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu…

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *