Lelaki Mabuk Ugut Bunuh Anggota Polis Di Balai | Sabah News

Lelaki Mabuk Ugut Bunuh Anggota Polis Di Balai | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Parang yang digunakan suspek untuk mengugut nyawa seorang anggota polis…

BEAUFORT, SABAH – Seorang lelaki menunjukkan kedua-dua sifat keberanian dan kebodohan yang tinggi apabila hadir pada Ibu Pejabat Polis Kuala Penyu dalam keadaan mabuk sambil mengugut untuk membunuh anggota polis menggunakan sebilah parang tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, seorang anggota yang bertugas menyedari suspek berbau alkohol dan berjalan terhuyung hayang.

Apabila ditanya tujuan suspek berusia 48 tahun datang ke balai, suspek membalas dengan “mahu tetak kau” sambil menunjukkan parang berkenaan.

Suspek dalam tahanan polis…

“Ini menyebabkan anggota polis terus masuk ke kaunter aduan balai dan mengunci pintu.

“Suspek kemudiannya menjerit ‘matlamat saya datang balai mahu bunuh polis’,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Yusoff Zaki menambah, tidak lama kemudian, pasukan bantuan polis sampai dan berjaya menahan suspek serta merampas parang yang dipegangnya.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan suspek juga akan diarahkan untuk menjalani ujian saringan air kencing bagi membantu siasatan,” tambahnya.

Seksyen 506 (ugutan jenayah) memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *