10 Kilogram Syabu Dirampas, Dua Ditahan Termasuk Warganegara Asing | Sabah News

10 Kilogram Syabu Dirampas, Dua Ditahan Termasuk Warganegara Asing | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Lam (tengah) menunjukkan hasil rampasan dadah bersama Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Hj Ibrahim (dua kiri)…

KOTA KINABALU, SABAH – Polis Kontinjen Sabah berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah melalui servis kurier dengan tangkapan dua individu termasuk rampasan 10 kilogram syabu yang mampu menampung 50 ribu penagihan.

Pada tengah hari Khamis lalu, suspek pertama yang merupakan seorang warga asing telah ditahan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah di perumahan Cyber City di Penampang.

Ketua JSJN Sabah, ACP Lam Thiam Huat berkata, suspek lelaki berumur 29 tahun pada ketika itu sedang mengangkat sebuah kotak yang bertulis “beras perang” namun ianya sebenarnya berisi 6 kilogram syabu yang bernilai hampir RM 240,000.

Antara barang rampasasn dadah…

“Dengan dipandu arah oleh suspek pada petang hari yang sama, sepasukan polis dibawa ke kediamannya di Suria Shop Apartment, Penampang, di mana 3 kilogram dadah yang sama bernilai RM 120,000 turut dirampas.

“Susulan itu, pada Isnin, sekali lagi dengan dipandu arah oleh tangkapan, sepasukan polis dari JSJN Kontinjen Sabah telah pergi ke Pejabat Pos daerah Tenom dan menemui bungkusan yang mengandungi sekilogram syabu bernilai RM 36,000.

“Pada hari yang sama lebih kurang 7.30 malam, satu tangkapan telah dibuat terhadap seorang wanita tempatan berumur 28 tahun di daerah berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya semasa sidang media.

Menurut Lam, jumlah keseluruhan berat rampasan dianggarkan sebanyak 10.06 kilogram dadah jenis syabu dengan nilai hampir RM 400,000.00 mankala kes sedang disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Katanya, sebuah kereta Toyota Vios, dua buah motosikal dan satu rantai wang emas serta wang tunai dengan anggaran nilai keseluruhan RM 100,000 turut disita membawa kepada jumlah keseluruhan rampasan bernilai hampir RM 500,000.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan bagi menimbulkan beberapa lagi ahli sindiket yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti penyeludupan…

“Modus operandi penyeludupan dadah melalui perkhidmatan kurier yang aktif digunapakai sindiket dan JSJN Sabah menjalin hubungan rapat dengan rakan sejawat di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Tambahnya, dadah tersebut kemungkinan besar dimaksudkan untuk pasaran gelap negara asing oleh kerana harga yang lebih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *